ISMU A'DZOM (NAMA YANG PALING TINGGI / AGONG / DAHSYAT YANG MENCAKUP SEGALA NAMA DAN SIFAT YANG BAIK) IAITU ALLAH

HADIS

DARI BURAIDAH BERKATA

Suatu hari Rasulullah saw mendengar seorang lelaki sedang berdoa, dia berkata "ALLAH HUMMA INNI AS ALUKA BI ANNI 'USSIDU ANNAKA ANTALLAH, LAA ILAHA ILLA ANTAL AHADUSSOMAD, LAMYALID WALAM YULAD, WALAM YAKUNLAHU KUFU WAN AHAD, ALLAH HUM MAGFIRLI"

"YA ALLAH AKU BERSAKSI ENGKAU ALLAH TUHANKU YANG MEMERINTAHKAN KEPADAKU UNTUK MEMOHON KEPADAMU, AKU BERSAKSI ENGKAU YA ALLAH TUHAN YANG MAHA ESA, TIDAK ADA TUHAN YANG LAIN LAGI, YANG MENJADI TUMPUAN SEKALIAN MAKHLUK UNTUK MEMOHON SEBARANG HAJAT YANG TIDAK BERANAK DAN TIDAK DIPERANAKKAN, DAN TIDAK ADA SESIAPA PUN YANG SERUPA DENGANMU, YA ALLAH AMPUNILAH DOSAKU"

Sabda Nabi Aku bersumpah dengan nama Allah yang menggenggam jiwaku, orang itu tadi telah memohon kepada Allah dengan nama yang paling Agong. Nama itu kalau disebutkan dalam doa maka Allah seketika itu akan menjawab doanya dan jika meminta, Allah akan mengabulkan segala permintaannya

Hadis riwayat Abu Daud, At-Tarmizi, An-Nasa'i ibnu Majjah.

Di antara perintah Allah yang apabila dilakukan akan menghilangkan akan keberadaan, keakuan atau keupayaan diri sendiri ialah apa yang tersurat dan yang tersirat di dalam firman Allah

7.Surah Al-'A`rāf ayat 180

‎وَلِلَّهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ فَادْعُوهُ بِهَاۖ وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِۚ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.

17.Surah Al-'Isrā' ayat 110

‎قُلِ ادْعُوا اللَّهَ أَوِ ادْعُوا الرَّحْمَٰنَۖ أَيًّا مَّا تَدْعُوا فَلَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰۚ وَلَا تَجْهَرْ بِصَلَاتِكَ وَلَا تُخَافِتْ بِهَا وَابْتَغِ بَيْنَ ذَٰلِكَ سَبِيلًا

Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau solatmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.

73.Surah Al-Muzzammil ayat 8

‎وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا

Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

APA YANG TERSURAT DAN TERSIRAT DIDALAM FIRMAN ALLAH YANG TERSEBUT BOLEH DILAKUKAN SEPERTI MANA YANG TERSURAT DAN YANG TERSIRAT DIDALAM SABDA RASULULLAH SAW..

Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.

- Pejamkan matamu,
- Tongkat kan lidahmu ke langit-langit,
- sebutlah nama Allah sebanyak-banyaknya.

Ini adalah cara untuk menyebut nama Allah secara tersembunyi di dalam hati

FADILAT ZIKIR YANG TERSEMBUNYI

Rasulullah saw pernah bersabda ,

“Zikir (dengan tidak bersuara) lebih unggul daripada zikir (dengan suara) selisih tujuh puluh kali lipat.

Jika tiba saatnya hari kiamat maka Allah akan mengembalikan semua perhitungan amal semua makhluk-makhluknya sesuai amalnya.

Para malaikat pencatat amal datang dengan membawa tulisan-tulisan mereka.

Allah berkata pada mereka , lihatlah apakah ada amalan yang tersisa pada hamba-Ku ini ?

Para malaikat itu menjawab , kami tidak meninggalkan sedikit pun amalan yang kami ketahui kecuali kami mencatat dan menulisnya.

Allah lalu berkata lagi (pada hamba-Nya itu), kamu mempunyai amal kebaikan yang hanya Aku yang mengetahuinya.

Aku akan membalas amal kebaikanmu itu.

Kebaikanmu itu berupa zikir dengan sembunyi (tak bersuara).”

( Hadis Riwayat Al-Baihaqi )

DI SINI SETIAP SEORANG MESTI TAHU DAN BOLEH MENGHURAIKAN SENDIRI TENTANG BAGAIMANA HENDAK DILAKSANAKAN AKAN PERINTAH ALLAH DAN RASULNYA SEPERTI MANA YANG TELAH DIKEHENDAKI OLEH ALLAH SEHINGGA BERLAKUNYA PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN KEPADA AFA'AL, ASMA', SIFAT DAN ZAT ALLAH SETERUSNYA PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN KEPADA ALLAH YANG MENGENAL ALLAH

Keadaan sedang berlakunya "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" kepada afa'al, Asma', sifat dan zat Allah dan kepada Allah yang mengenal Allah inilah yang dimaksudkan oleh perkataan “ASHADU AN - AKU NAIK SAKSI” yang telah dilafazkan di awal dari kalimah “LAA ILAHA ILLALLAH”

Setelah berlakunya "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" kepada afa'al, Asma', sifat dan zat Allah dan "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" kepada Allah yang mengenal Allah, barulah seseorang itu melafazkan kalimah “LAA ILAHA ILLALLAH” mengikut seperti mana sabda Rasulullah saw melalui hadis Riwayat Thabrani dan Baihaqi

Dari ’Ali karamallahu wajhah: Aku katakan: Ya Rasulullah, manakah jalan tarikat yang sedekat-dekatnya kepada Allah dan semudah-mudahnya atas hamba Allah dan semulia-mulianya di sisi Allah?

Maka Sabda Rasulullah SAW.: Ya Ali, penting atas kamu berkekalan/sentiasa berzikir kepada Allah.

Berkatalah Ali: Tiap orang berzikir pada Allah.

Maka Rasulullah SAW. bersabda: Ya Ali, tidak ada terjadi kiamat sehingga tiada lagi tinggal di atas permukaan bumi ini, orang yang mengucapkan Allah, Allah.

Maka sahut Ali kepada Rasulullah SAW: Bagaimana caranya aku berzikir ya Rasulullah?

Maka Sabda Rasulullah SAW: Pejamkan kedua matamu dan dengarkanlah dari saya ucapan tiga kali. Kemudian ucapkanlah seperti itu dan aku akan dengarkan. Maka sejenak Rasulullah SAW mengucapkan Laa ilaaha illallah, tiga kali sedang kedua matanya tertutup.

Kemudian Ali pun mengucapkan kalimat laa ilaaha illallaah seperti demikian.

Ajaran tersebut kemudian Sayyidina Ali ajarkan pula kepada Hasan Basri dan dari Hasan Basri diajarkan kepada al-Habib al-Ajamy, dari al-Habib diajarkan kepada Daud Atha’iy, dari Daud diajarkan kepada al-Makruf Al Karakhi dan dari al-Makruf kepada As Sari, dan kemudian dari As Sari kepada al-Junaid.

Ketika Nabi Muhammad SAW menunjukkan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid atau jalan untuk mengenal Tuhanmu kepada Saidina Ali, baginda bersabda :

Hai Ali, pejamkan kedua matamu dan engkau dengar daripada aku tiga kali aku berkata “Laa ilaaha illallah” tiga kali, dan aku mendengar bacaan engkau. Maka berkata Nabi tiga kali mengucapkan kalimat “Laa ilaaha illallah” (TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH) dengan memejamkan kedua mata, Nabi mengangkat suaranya, Ali mendengarnya. Kemudian Ali mengatakan “Laa ilaaha illallah” (TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH) tiga kali seperti yang dikatakan Nabi itu, dan Ali pun memejamkan kedua matanya dan mengangkatkan suaranya, sedangkan Nabi mendengar bacaan Ali pada saat Ali ibn Abi Thalib mengalami fana fillah. Kemudian Setelah Ali sedar, maka Nabi bertanya kepada Ali mengenai perjumpaannya dengan Allah, maka Ali berkata :Roaitu robbi bi'aini qolbi, faqultu laa sakka anta anta Allah.

“Kulihat Tuhanku dengan mata hatiku dan aku pun berkata: tidak aku ragu engkau, engkaulah Allah”.Setelah Ali menceritakan perjumpaannya dengan Allah, maka kemudian Nabi membawa Ali di hadapan para umat dan berkata :Ana madinatul 'ilmi wa Ali baabuhaa.

“Aku adalah gudangnya ilmu dan Ali adalah pintunya”.

Dengan ini setiap seorang mesti tahu dan boleh menghuraikan sendiri tentang bagaimana hendak melaksanakan perintah Allah

7.Surah Al-'A`rāf ayat 180

‎وَلِلَّهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ فَادْعُوهُ بِهَاۖ وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِۚ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.

17.Surah Al-'Isrā' ayat 110

‎قُلِ ادْعُوا اللَّهَ أَوِ ادْعُوا الرَّحْمَٰنَۖ أَيًّا مَّا تَدْعُوا فَلَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰۚ وَلَا تَجْهَرْ بِصَلَاتِكَ وَلَا تُخَافِتْ بِهَا وَابْتَغِ بَيْنَ ذَٰلِكَ سَبِيلًا

Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau solatmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.

73.Surah Al-Muzzammil ayat 8

‎وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا

Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

DAN

Perintah Rasulullah saw kepada Saidina Ali

Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.

- Pejamkan matamu,
- Tongkat kan lidahmu ke langit-langit,
- sebutlah nama Allah sebanyak-banyaknya.

Sehingga akan berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada afa'al, Asma', sifat dan zat Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah sehingga terungkaplah seperti mana firman Allah

112.Surah Al-'Ikhlāş ayat 1

‎قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;

112.Surah Al-'Ikhlāş ayat 2

‎اللَّهُ الصَّمَدُ

"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;

112.Surah Al-'Ikhlāş ayat 3

‎لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ

"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;

112.Surah Al-'Ikhlāş ayat 4

‎وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ

"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".

Bagaimana seseorang yang tidak tahu dan tidak boleh hendak menghuraikan sendiri tentang bagaimana hendak melakukan perintah Allah yang tersurat dan yang tersirat di dalam firman Allah pada

73.Surah Al-Muzzammil ayat 8

‎وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا

Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

DAN

Perintah Rasulullah saw kepada Saidina Ali

Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.

- Pejamkan matamu,
- Tongkat kan lidahmu ke langit-langit,
- sebutlah nama Allah sebanyak-banyaknya.

Sehingga akan berlakunya "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" kepada afa'al, Asma', sifat dan zat Allah seterusnya kepada Allah yang mengenal Allah, hendak melakukan sesuatu yang ia sendiri tidak tahu dan tidak boleh nak huraikan....

Apabila seseorang melafazkan kalimah tauhid

اسهد ان لااله الا الله

AKU BERSAKSI BAHAWA TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH

Bermakna sedang berlaku perbuatan sedang menyaksikan bahawa sesuatu selain daripada Allah bukan tuhan, hanya atau melainkan Allah adalah tuhan yang maha esa.

KISAH NABI-NABI ADALAH SEBAGAI IKTIBAR

12.Surah Yūsuf ayat 111

Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.

SIAPAKAH ORANG YANG BERAKAL MENGIKUT KETERANGAN DARI ALLAH YANG TERKANDUNG DIDALAM FIRMAN ALLAH PADA

3.Surah 'Āli `Imrān ayat 190

‎إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Ulil Albab)

3.Surah 'Āli `Imrān ayat 191

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.

UNTUK MENJADI SEORANG YANG BERAKAL SEPERTI MANA YANG TELAH DIFIRMANKAN OLEH ALLAH SEPERTI DI ATAS, SETIAP SEORANG MESTI TAHU, BOLEH MENGHURAI DAN MENERANGKAN BAGAIMANA UNTUK MENYEBUT NAMA ALLAH SEHINGGA AKAN MENDATANGKAN "INGAT KEPADA ALLAH"

Mengikut dari firman Allah pada Surah Yūsuf ayat 111

Hanya orang yang berakal mengikut seperti mana yang telah difirmankan oleh Allah sahaja yang boleh mengambil iktibar dan pengajaran daripada peristiwa Nabi-Nabi yang terkandung di dalam Al-Quran.

Orang yang berakal ialah orang yang sentiasa "INGAT KEPADA ALLAH" ketika ia berdiri, duduk dan berbaring mengiring". Jadi berdasarkan kepada firman Allah pada Surah Yūsuf ayat 111, hanya orang yang sentiasa "INGAT KEPADA ALLAH" ketika berdiri, duduk dan berdiri yang akan boleh mengambil iktibar dan pengajaran daripada peristiwa Nabi-Nabi yang terkandung di dalam Al-Quran.

16.Surah An-Naĥl ayat 2

‎يُنَزِّلُ الْمَلَائِكَةَ بِالرُّوحِ مِنْ أَمْرِهِ عَلَىٰ مَن يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ أَنْ أَنذِرُوا أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاتَّقُونِ

Ia menurunkan malaikat membawa wahyu dengan perintahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya (yang layak menjadi Rasul); (lalu Ia berfirman kepada Rasul-rasul): "Hendaklah kamu menegaskan kepada umat manusia bahawa tiada Tuhan melainkan Aku. Oleh itu, bertaqwalah kamu kepadaku".

20.Surah Ţāhā ayat 9

‎وَهَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ مُوسَىٰ

Dan sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa?

20.Surah Ţāhā ayat 10

‎إِذْ رَأَىٰ نَارًا فَقَالَ لِأَهْلِهِ امْكُثُوا إِنِّي آنَسْتُ نَارًا لَّعَلِّي آتِيكُم مِّنْهَا بِقَبَسٍ أَوْ أَجِدُ عَلَى النَّارِ هُدًى

Ketika ia melihat api, lalu berkatalah ia kepada isterinya: "Berhentilah! Sesungguhnya aku ada melihat api semoga aku dapat membawa kepada kamu satu cucuhan daripadanya, atau aku dapat di tempat api itu: penunjuk jalan.

20.Surah Ţāhā ayat 11

‎فَلَمَّا أَتَاهَا نُودِيَ يَا مُوسَىٰ

Maka apabila ia sampai ke tempat api itu (kedengaran) ia diseru: "Wahai Musa!

20.Surah Ţāhā ayat 12

‎إِنِّي أَنَا رَبُّكَ فَاخْلَعْ نَعْلَيْكَۖ إِنَّكَ بِالْوَادِ الْمُقَدَّسِ طُوًى

"Sesungguhnya Aku Tuhanmu! Maka bukalah kasutmu, kerana engkau sekarang berada di Wadi Tuwa yang suci.

20.Surah Ţāhā ayat 13

‎وَأَنَا اخْتَرْتُكَ فَاسْتَمِعْ لِمَا يُوحَىٰ

"Dan Aku telah memilihmu menjadi Rasul maka dengarlah apa yang akan diwahyukan kepadamu.

20.Surah Ţāhā ayat 14

‎إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي

"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.

Didalam surah dan ayat yang lain Allah berfirman memperjelaskan tentang peristiwa Nabi Musa memohon untuk melihat Allah ..

7.Surah Al-'A`rāf ayat 143

Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata:

"Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku (ZatMu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihatMu".

Allah berfirman:

"Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu",

Setelah Tuhannya "Tajalli" (menzahirkan kebesaranNya) kepada gunung itu, (maka)
"TajalliNya" menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. Setelah ia sedar semula, berkatalah ia: "Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepadaMu, dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku)

Lagi penjelasan daripada Allah di dalam firmanNya yang lain ...

28.Surah Al-Qaşaş ayat 88

‎وَلَا تَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَٰهًا آخَرَۘ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۚ كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجْهَهُۚ لَهُ الْحُكْمُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

Dan janganlah engkau menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah. Tiada Tuhan melainkan Dia. Tiap-tiap sesuatu binasa melainkan Zat Allah. BagiNyalah kuasa memutuskan segala hukum, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.

55.Surah Ar-Raĥmān ayat 26

‎كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ

Segala yang ada di muka bumi itu binasa:

55.Surah Ar-Raĥmān ayat 27

‎وَيَبْقَىٰ وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ

Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:

Didalam firman Allah

7.Surah Al-'A`rāf ayat 143

Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata:

"Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku (ZatMu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihatMu".

Allah berfirman:

"Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu",

Setelah Tuhannya "Tajalli" (menzahirkan kebesaranNya) kepada gunung itu, (maka)
"TajalliNya" menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. Setelah ia sedar semula, berkatalah ia: "Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepadaMu, dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku)

Ada mengandungi kaedah yang boleh dilakukan ....